Thursday, April 2, 2009

ini yang aku benci ni

korang pernah tak rasa bila nak pergi kerja pagi sangatlah menduga jiwa.sakit hati ok bila kereta itu sangat la lems bila berjalan tapi duduk kat fast lane tanpa mempedulikan orang di depan belakang kiri kanan.sudah la mau cepat.lagi mau terhegeh-hegeh.
iskk..hormat la orang sedikit.adoi laa..
hari saya bermula dengan segala bentuk makian bila terlihat orang yang annoying seperti itu *sigh*
paling pelik bila kita bagi signal mau potong beliau telah melajukan kenderaan sebab tamau kita potong.apa punya perangai la.mentang kau tengok aku wanita.kau buli aku.takpe.lepas ini aku akan ambil patung yang mengibar bendera dekat highway itu letak dalam kereta tengok kau berani buli ke tak..
hoh..saya memang marah ni.

perkara kedua yang telah menanam kebencian di hati ialah bila terlihatkan keadaan meja kerja yang tunggang terbalik (read: tidak seperti asal) setelah kepulangan dari bercuti.angin oke.sudahlah menumpang.sampai selipar jamban bulu-bulu (ok itu tipu.sebenarnya selipar jepun je) boleh sampai ke luar pintu pejabat.tidakkah membuatkan mood bersemangat kembali ke pejabat hilang.benci ok.usik sana usik sini.kau ini tiada kerja lain ke.tangan mau kena rotan ke?
kalau la menumpang buat la cara menumpang.tak kira lepas ni kalau percutian bersama encit kekasih hati (eh??!!) saya simpan semua barang dalam locker yang berkunci.telefon pon simpan juga.biar macam gila kuasa.iskk

banyak lagi list ini.tapi tak mengapa la.setakat ni itu yang menyakitkan hati.huhu




nota: entry percutian yang konon romantik itu akan dikeluarkan entah bila.sebab tak sempat lagi.heheh


updated: lagi benci kalau sedang nak post internet down.haram bagus betul.kenapa sekarang streamyx lems ehh??

 
design by suckmylolly.com